Orang Kurang Upaya ialah orang yang mempunyai kelainan fizikal dan/atau mental, yang dapat mengganggu atau merupakan rintangan dan hambatan baginya untuk melakukan kegiatan secara normal. Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2008, istilah “orang kurang upaya” adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Sumber: Wikipedia; Akta Orang Kurang Upaya 2008
Terdapat tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan yang boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
BIL. | KATEGORI | PENERANGAN |
1. | Kurang Upaya Pendengaran | Individu yang tidak dapat mendengar dengan baik walaupun menggunakan alat bantuan. Tahap pendengaran yang dikategorikan:
|
2. | Kurang Upaya Penglihatan | Individu yang mengalami buta atau masalah penglihatan pada kedua-dua belah mata, salah satu mata, atau mempunyai gangguan penglihatan kekal. Sub-kategori:
|
3. | Kurang Upaya Pertuturan | Individu yang tidak dapat bercakap dengan jelas sehingga menyukarkan komunikasi.Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak, mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas dan umur yang lebih awal bagi kes tertentu yang disahkan Pakar. Sub-kategori:
|
4. | Kurang Upaya Fizikal | Individu yang kehilangan, tidak mempunyai, atau tidak dapat menggunakan anggota badan sepenuhnya. Sub-kategori:
|
5. | Kurang Upaya Pembelajaran | Individu dengan masalah kecerdasan otak yang tidak seiring dengan usia. Sub-kategori:
|
6. | Kurang Upaya Mental | Individu dengan penyakit mental yang serius, yang menjejaskan keupayaan mereka berfungsi dalam masyarakat. Sub-kategori:
|
7. | Kurang Upaya Pelbagai | Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan. |
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
Objektif:
BIL. | JENIS PENDAFTARAN | PENERANGAN |
1. | Pendaftaran Baharu (Pertama kali mendaftar sebagai OKU) | Dokumen yang diperlukan:
|
2. | Pendaftaran Semula (Untuk mereka yang berdaftar sebelum 2011 dan memiliki Kad OKU lama) | Dokumen sama seperti pendaftaran baharu, dengan pengesahan perubatan diperlukan jika:
|
3. | Penggantian Kad (Untuk kad OKU yang rosak/hilang atau perubahan alamat) |
|
Borang Permohonan Pendaftaran OKU boleh diisi secara dalam talian dan dicetak melalui pautan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan program-program yang menekankan penglibatan OKU dalam ekonomi bertujuan untuk meningkatkan penyertaan OKU dalam pembangunan ekonomi negara secara aktif.
BIL | PROGRAM | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB |
1. | Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) | Program ini membantu OKU mendapatkan pekerjaan dalam pasaran terbuka dan memastikan mereka dapat mengekalkan pekerjaan tersebut. Job Coach ialah individu terlatih yang memberi sokongan kepada OKU dan majikan, termasuk:
Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Job Coach boleh diperolehi daripada Risalah Program Perkhidmatan Job Coach dan Garis Panduan Job Coach | Bahagian Kebajikan Produktif (KP) |
2. | Program Projek ProWell | Program ini memberi peluang kepada OKU untuk menceburi bidang keusahawanan sosial. Pihak JKM menyediakan sokongan seperti latihan, peralatan, dan bantuan dalam penjenamaan serta pemasaran produk. | Bahagian Kebajikan Produktif (KP) |
3. | Koperasi ProWell Berhad | Koperasi ini membantu OKU mengembangkan perniagaan dengan menyediakan platform jualan yang lebih luas. Koperasi bekerjasama dengan sektor swasta dan kerajaan untuk menyokong perniagaan OKU. | Bahagian Kebajikan Produktif (KP) |
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak JKM telah berinisiatif menyediakan program-program pendidikan untuk golongan khas dengan tujuan mengoptimumkan tahap keupayaan OKU.
BIL. | PROGRAM | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB | ||||||||||||
1. | Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) | Program ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah rendah dan menengah. Murid Berkeperluan Khas (MBK) belajar dalam kelas khas yang disesuaikan dengan keperluan mereka, termasuk Program Intervensi Awal untuk memaksimumkan keupayaan mereka. Peringkat persekolahan yang disediakan:
Maklumat lanjut berkenaan senarai sekolah boleh diperolehi di portal MyGovernment | Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) | ||||||||||||
2. | Program Pendidikan Inklusif (PPI) | Program ini bermatlamat untuk membantu MBK menyertai program akademik dan bukan akademik bersama murid arus perdana.
| Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) | ||||||||||||
3. | TVET OKU | TVET OKU merupakan latihan kemahiran jangka pendek untuk OKU, bertujuan membantu peserta menjana pendapatan melalui keusahawanan.
| Pusat Aspirasi Anak Perak | ||||||||||||
4. | Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi, Selangor (PLPP) | PLPP adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menawarkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU Fizikal. OBJEKTIF
| Bahagian Perkhidmatan Institusi dan Aksesibiliti |
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Kebajikan Masyarakat
KEMUDAHAN PENCEN DAN WAKTU KERJA
Laman Web: http://wwwjpa.gov.my
No. Telefon: 03885300
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam
Terdapat beberapa inisiatif penting yang telah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan OKU melalui pelbagai aspek seperti akses kepada kemudahan, sokongan sosial, dan persediaan untuk situasi kecemasan.
BIL. | INISIATIF | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB |
1. | Akta Orang Kurang Upaya 2008 | Akta ini ditubuhkan untuk melindungi hak OKU dari segi akses kepada kemudahan, perkhidmatan, dan peluang yang setara dalam kehidupan seharian. Ia juga merangkumi hak untuk keselamatan, termasuk akses kepada infrastruktur yang selamat seperti ramp, laluan pejalan kaki, dan bangunan awam yang mesra OKU. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
2. | Dasar Orang Kurang Upaya | Dasar ini menekankan kesaksamaan hak dan peluang OKU untuk penyertaan penuh dalam masyarakat, dengan penekanan kepada kemuliaan dan kebebasan hidup berdikari. Salah satu strategi utama ialah Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial, yang bertujuan:
| Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
3. | Taman Sinar Harapan | Institusi ini menyediakan penjagaan, perlindungan, dan pemulihan bagi OKU kategori Masalah Pembelajaran. Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, institusi ini berfungsi sebagai Tempat Selamat untuk kanak-kanak OKU. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan di seluruh negara, termasuk di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, dan Kedah. Nota: Kemasukan boleh dilakukan secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut kaedah Pusat-pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 atau melalui perintah mahkamah bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
Sumber: JPOKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Perkhidmatan Kaunseling merupakan salah satu pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memperkasakan OKU dalam masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU.
Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu kerjaya dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak tertumpu kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga, komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan komuniti OKU.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Terdapat pelbagai kursus dan latihan yang disediakan untuk memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Program-program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, menyediakan sokongan kesaksamaan, dan mempromosikan kehidupan berdikari serta integrasi sosial.
BIL. | PROGRAM | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB |
1. | Bengkel Daya / Terlindung | Bengkel Daya adalah inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu OKU yang tidak dapat bersaing di pasaran kerja terbuka. Terdapat dua Bengkel Daya di Malaysia: BENGKEL DAYA KLANG
BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI
| Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
2. | Disability Equality Training (DET) | Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ketidakupayaan melalui perspektif Model Sosial. Peserta boleh terdiri daripada OKU dan orang awam. Program ini juga melibatkan jurulatih yang terlatih. Nota: Sila klik SINI untuk muat turun maklumat lanjut berkaitan DET. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
3. | Program Independent Living Centre (ILC) | ILC memberikan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Fokus utama adalah pada kemahiran kehidupan berdikari dan matlamat kendiri. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:
Permohonan perkhidmatan boleh dilakukan dengan menghubungi ILC berkenaan. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
4. | Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) | PDK adalah program yang bertujuan untuk pemulihan, latihan, pendidikan, dan integrasi sosial OKU. Program ini melibatkan kerjasama antara OKU, keluarga, dan komuniti, dan dijalankan di seluruh negara dengan sokongan dari pelbagai perkhidmatan. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Permohonan lesen memandu untuk OKU adalah sama seperti permohonan biasa. Namun, golongan OKU dibenarkan membawa kenderaan yang telah diubahsuai semasa ujian praktikal.
LESEN OKU: | FI NOMINAL (RM2.00): |
|
|
Dokumen yang diperlukan:
| Dokumen yang diperlukan:
|
Nota: Maklumat lanjut boleh layari laman web JPJ
Sumber: Jabatan Pengangkutan Malaysia
Terdapat dua (2) organisasi yang berfungi di bawah kerajaan yang menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan OKU, iaitu:
1. | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga menyediakan kemudahan kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya. |
2. | Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) | Syarikat Perumahan Nasional Berhad memberi keutamaan kepada OKU yang berpendapatan rendah dalam memperolehi rumah kos rendah dan sederhana rendah iaitu sebanyak 20 peratus (%) diskaun harga telah ditawarkan. |
Pelbagai bentuk bantuan disediakan untuk menyokong golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka. Bantuan ini meliputi aspek kewangan, pendidikan, perubatan, dan sokongan khas, dengan tujuan untuk memastikan OKU mendapat akses kepada kemudahan dan peluang yang sama dalam masyarakat.
BIL. | PROGRAM | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB |
1. | Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | Program BTB disediakan dengan tujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja, mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU, dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. KADAR: RM300 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan Nota: Maklumat lanjut berkenaan permohonan BTB boleh klik di SINI | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
2. | Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Ianya merupakan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan. KADAR: RM450 sebulan seorang. Nota: Maklumat lanjut berkenaan permohonan EPOKU boleh klik di SINI | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
3. | Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) | Bantuan ini diberikan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik. KADAR: RM500 sebulan seorang. Nota: Maklumat lanjut berkenaan permohonan BPT boleh klik di SINI | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
4. | Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) | EMBPK diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tergolong dalam kategori OKU dan memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM. KADAR: RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMBPK pada tahun tersebut) Nota: Maklumat lanjut berkenaan permohonan EMBPK boleh klik di SINI | Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) |
5. | Bantuan Kewangan Pelajar OKU Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) | Elaun khas ini adalah keistimewaan khusus untuk pelajar OKU dan berbeza daripada kemudahan yang diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna, jika seorang pelajar OKU mendapat biasiswa atau kemudahan lain yang juga diberikan kepada pelajar biasa, dia masih layak untuk menerima elaun khas ini. Pendapatan keluarga pelajar tidak akan diambil kira sebagai syarat untuk layak menerima elaun ini. Nota: Klik di SINI untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan bantuan ini. | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) |
6. | Geran Pelancaran | Geran ini disediakan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil, dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka, serta membolehkan OKU melancarkan rancangan jaya diri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. KADAR: Maksimum RM2,700 sekaligus | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
7. | Bantuan Alat Tiruan Dan Alatan Sokongan (BAT/S) | Bantuan BAT/S disediakan untuk membantu OKU mendapatkan alat tiruan atau sokongan yang disyorkan oleh pegawai perubatan, seperti kaki palsu dan alat pendengaran. Ia juga membantu OKU meningkatkan keupayaan diri agar lebih berdikari dalam kehidupan. KADAR: Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Nota: Klik di SINI untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan bantuan ini. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
8. | Bantuan Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille | Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan. | Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) |
9. | Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU) | SBGP-OKU adalah satu strategi kerajaan untuk “bantu OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka. (SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Nota: Sila layari laman web Jabatan Tenaga Kerja untuk maklumat lanjut. | Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (JTSM) |
10. | Cukai Pengangkutan Jalan | OKU berdaftar boleh membuat permohonan lesen memandu OKU dengan fi nominal RM2.00 sahaja. Maklumat lanjut layari Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) |
11. | Pelepasan Cukai untuk OKU | Pelepasan Cukai untuk OKU adalah seperti berikut:
Nota: Untuk senarai penuh Pelepasan Cukai Individu, sila layari Lembaga Hasil Dalam Negeri. | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) |
12. | Bayaran Gantian Dokumen Pengenalan Diri | Orang Kelainan Upaya yang berdaftar dibawah seksyen 24 akta orang kurang upaya 2008 (akta 685) dan mempunyai kad oku dibawah seksyen 25 akta 685 – Tidak dikenakan sebarang bayaran jika kehilangan dokumen perjalanan diri mahupun jika ingin mendaftar dokumen perjalanan. Nota: Klik SINI untuk maklumat lanjut | Passport Malaysia |