10:17 AM • Jumaat, Januari 31
LOG MASUK
Perhatian Perhatian, Terima kasih kerana melayari Portal MaNIS 2.0. Portal ini sedang dalam tempoh pengujian bermula 1 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025. Portal ini mungkin akan mengalami gangguan capaian atau memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh pengujian ini. Harap maklum dan terima kasih.

Tentang Manis

📝Pengenalan

Sistem Maklumat Nasional Kumpulan Sasar (MaNIS) merupakan sebuah sistem yang mengumpulkan maklumat statistik isu-isu sosial negara yang berkaitan dengan sepuluh (10) kumpulan sasar yang dikendalikan di Kementerian seperti Wanita, Kanak-Kanak, OKU, Warga Emas, Keluarga, Orang Papa, Mangsa Bencana, Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Mangsa Pemerdagangan Orang dan Pesalah Muda. 

Data statistik yang dikumpulkan ini dipaparkan dalam bentuk papan pemuka dan jadual yang telah disahkan oleh Unit Data, Bahagian Dasar dan Strategik (BDPS), KPWKM. Data yang disediakan adalah terbuka kepada orang awam sama ada untuk tujuan penyelidikan, kajian,  pembacaan atau penyediaan program yang berkesan untuk bersama-sama dengan Kerajaan, Agensi dan Badan NGO dalam mengurangkan isu sosial yang sejagat.

 

📝 Objektif Manis

  • Menyediakan platform setempat untuk pengumpulan maklumat-maklumat dan data-data berkaitan kumpulan sasar KPWKM
  • Membantu KPWKM membuat analisis dan merancang dasar, polisi serta program-program yang bermutu.
  • Memudahkan pihak pengurusan tertinggi melihat sesuatu isu sosial berdasarkan pemetaan sosial.
  • Memudahkan capaian bahan-bahan isu-isu sosial seperti maklumat statistik, data, laporan dan sebagainya.
  • Memudahkan pihak Kementerian dan Agensi membuat kajian atau soal selidik seterusnya membuat analisis terhadap kajian tersebut

 

📝 Sejarah Kewujudan MaNIS

Pembangunan Sistem MaNIS telah dilancarkan semenjak tahun 2011 di bawah nama SPDIIS (Sistem Pengumpulan Data Isu-isu Sosial) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM). Sistem MaNIS telah berkembang pesat dan kini juga mempunyai aplikasi mobile untuk memudahkan rujukan di hujung jari.

 

📝 Sumber Data

Sistem MaNIS menerima data daripada pelbagai pembekal data seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Institut Sosial Malaysia (ISM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) sama ada secara API, Excel, Borang dan Data Mentah.