12:43 PM • Jumaat, Januari 31
LOG MASUK
Perhatian Perhatian, Terima kasih kerana melayari Portal MaNIS 2.0. Portal ini sedang dalam tempoh pengujian bermula 1 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025. Portal ini mungkin akan mengalami gangguan capaian atau memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh pengujian ini. Harap maklum dan terima kasih.

Untuk menjaga kesejahteraaan ekonomi keluarga, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan satu program iaitu program SMARTBelanja@LPPKN. 

SMARTBelanja@LPPKN

Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi panduan kepada ahli keluarga terutamanya generasi muda mengenai pengurusan kewangan keluarga yang efektif.

Objektif program:

  1. Memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga.
  2. Memberi pengetahuan kepada keluarga mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang lebih baik
  3. Membolehkan keluarga membina pelan kewangan yang lebih berkesan
  4. Membantu keluarga mengawal pendapatan yang diperolehi melalui perbelanjaan berhemah. 

Berikut merupakan perkara yang perlu diketahui berkenaan program ini: 

  1. SmartBelanja@LPPKN ini dijalankan secara interaktif meliputi ceramah, main peranan (role play) dan perkongsian pengalaman.
  2. Terbuka kepada semua, keluarga yang berminat untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan keluarga. 
  3. Pengisian yang akan dibawa adalah berkenaan:
    1. Kenali Wang Anda (“Pancing Ringgit”)
    2. Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Secara Berhemah
    3. Pemburu Wang (“Money Hunter”)
  4. Tempoh program adalah selama satu (1) hari. 

Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Dalam usaha menjaga kesihatan setiap keluarga di Malaysia, terdapat beberapa program yang dilakukan oleh LPPKN untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif dan perancangan keluarga, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, serta memberikan pendidikan dan sokongan kepada individu dan pasangan mengenai amalan kesihatan yang baik.

BIL.PROGRAMPENERANGAN
1.MamaCare

Program MamaCare adalah salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ke-7, 1Malaysia Women’s Initiative for Self Empowerment (1MWISE), yang bertujuan untuk memperkasa wanita dan meningkatkan ekonomi keluarga berpendapatan rendah melalui perkhidmatan penjagaan selepas bersalin. Walaupun amalan tradisional seperti mengurut, bertungku, dan berbengkung masih popular, terdapat permintaan tinggi untuk tukang urut dan bidan tradisional. Oleh itu, kursus penjagaan dalam pantang ini ditawarkan oleh LPPKN untuk menambah jenis perkhidmatan yang mereka sediakan.

Kelayakan diberikan kepada:

Wanita Warga Emas, Ibu Tunggal dan Wanita  yang layak dari golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus (40%) terendah (B40) untuk menambah pendapatan keluarga melalui latihan kapasiti MamaCare. 

Kadar yuran:

Kursus ini diberi percuma kepada wanita daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus (40%) terendah (B40)

Lokasi:

Program ini dijalankan di seluruh negeri kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Layari Portal LPPKN untuk maklumat lanjut.

2.Suntikan Vaksinasi HPV

Suntikan Vaksinasi HPV adalah sejenis suntikan untuk mencegah kanser serviks akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV).

Kelayakan:

Wanita Warganegara Malaysia & Penduduk Tetap yang lahir pada tahun 1990 - 1996, belum pernah berkahwin dan tidak hamil adalah layak untuk menerima vaksinasi HPV.

Jumlah suntikan:

Setiap wanita layak perlu melengkapkan 3 dos vaksinasi HPV dalam tempoh 6 bulan bagi mendapat perlindungan yang optimum.

Lokasi:

Vaksinasi HPV boleh didapati di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara.

3.Perkhidmatan Subfertiliti

Perkhidmatan ini merupakan rawatan kesuburan bagi pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak selepas lebih setahun berkahwin walaupun melakukan hubungan seksual secara tetap tanpa menggunakan kaedah kontraseptif.

Kadar:

Bayaran adalah mengikut pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan. Semasa temujanji tersebut akan diberitahu amaun yang perlu dibayar setiap kali lawatan ke klinik. 

  • Anggaran bayaran untuk temujanji pertama kali adalah sebanyak RM200 bagi warganegara Malaysia dan RM400 bagi bukan warganegara.

Ujian Rawatan:

Rawatan bergantung kepada keputusan ujian yang akan dilakukan. Antara ujian yang akan dilakukan ke atas pasangan suami/isteri ialah ujian air mani, ujian darah, ujian air kencing, ultrasound dan lain-lain. Pasangan akan diberitahu mengenai ujian-ujian ini pada setiap sesi temujanji yang akan diberikan serta anggaran bayaran yang akan dikenakan.

Lokasi Rawatan:

Di Klinik Subfertiliti LPPKN Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru atau mana-mana hospital kerajaan dan swasta.

4.Mamogram

Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 70 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN. 

Berikut merupakan bagaimana wanita-wanita ingin menjalani ujian mamogram tersebut:

  1. Wanita yang ingin menjalani ujian mamogram, boleh mengunjungi klinik-klinik LPPKN di seluruh negara untuk mendaftar dan sekiranya layak akan dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.
  2. Bagi membolehkan lebih ramai wanita menikmati subsidi ini, LPPKN telah menyediakan kemudahan e-mamogram bagi permohonan subsidi secara online. Melalui e-mamogram juga pengurusan klien, rujukan, sistem peringatan, pemantauan, susulan dan penyimpanan data dapat dijalankan.

Kadar:

  • Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 10,000.00 dan ke bawah, kos ujian mamogram adalah percuma. Di mana saringan mamogram bagi wanita berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN.
  • RM 10,001.00 dan ke atas pula, Wanita perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan oleh pusat-pusat mamogram berkenaan dan subsidi sebanyak RM 50.00 diberikan bagi setiap ujian yang dijalankan.

Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Bagi memastikan keselamatan keluarga terpelihara, LPPKN telah membangunkan modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) yang bertujuan memberi panduan serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang langkah-langkah pencegahan risiko dalam keluarga. 

Terdapat 4 perkara utama yang dititkberatkan dalam program ini, iaitu:

  1. Pencegahan elak anak online grooming menjadi mangsa
    • Jangan benarkan anak bertemu rakan maya yang tidak dikenali
  2. Keselamatan di bilik air
    • Pastikan anak kecil tidak ditinggalkan berseorangan ketika mandi di tab mandi atau di dalam besen mandian
  3. Keselamatan di eskalator
    • Pastikan anak tidak duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak
  4. Keselamatan ICT
    • Pastikan anak-anak tidak memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, gambar, nombor akaun bank, alamat rumah atau sekolah di laman internet.

Objektif utama program ini meliputi:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai isu keselamatan anak;
  2. Memberi kemahiran asas mengenai pencegahan kemalangan dan situasi berisiko yang berbahaya;
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat dan rawatan kecemasan;
  4. Menignkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan keluarga di alam siber.

Pengisian Interaktif:

Program ini menjanjikan kelainan menerusi kaedah pembelajaran dan penyampaian. Penglibatan sepenuhnya para peserta melalui latihan kemahiran dan aktiviti berkumpulan. 

Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Terdapat beberapa perkhidmatan, kursus, dan latihan yang disediakan oleh LPPKN untuk kesejahteraan keluarga dari pelbagai aspek bagi memastikan setiap ahli keluarga dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan.

BIL.PERKHIDMATANPENERANGAN
1.Perancang Keluarga

Perkhidmatan perancang keluarga ditakrifkan sebagai perancanganm menjarakkan anak untuk memberi ruang memulihkan kesihatan selepas bersalin serta tumpuan kepada anak dan keluarga. Perklhidmatan LPPKN ini turut dapat mengelakkan kehamilan tidak dirancang serta kehamilan berisiko. 

Tujuan lain merancang kehamilan:

  1. Menjarakkan kehamilan supaya tidak terlalu rapat
  2. Merancang masa yang sesuai untuk mempunyai anak supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat
  3. Mencegah kehamilan untuk ibu yang mempunyai masalah kesihatan dan berisiko untuk hamil

Kadar Yuran:

Pendaftaran – RM5.00

Perkhidmatan Konsultasi – RM10.00

 

Pra-Pendaftaran boleh dilakukan di laman web LPPKN

 

Rawatan lain yang boleh dibuat:

  • Pil Kontrseptif
Pil MercilonRM16
Pil MarvelonRM7
Pil NoridayRM10
Pil RegevidonRM5
Pil MinipillRM16
Pil YasminRM52
Pil LoetteRM16
  • Suntikan Kontraseptif
3 BULANNON-PREG / DepoproveraRM36
2 BULANDepoconRM8

 

  • Alat Dalam Rahim (ADR)

 

5 TAHUN

ADR (termasuk caj pemasangan)RM110
Caj Pengeluaran ADRRM20

 

3 TAHUN

ADR (termasuk caj pemasangan)RM80
Caj Pengeluaran ADRRM20
  • Implan

 

3 TAHUN

Implan (termasuk caj pemasangan)RM500
Caj Pengeluaran ImplanRM100
2.Ilmu Keluarga@LPPKN

Kursus ini bertujuan untuk mempromosikan pakej pendidikan keibubapaan berasaskan Pakej Modul KASIH mengikut kitaran hidup keluarga serta lebih memfokus kepada komponen keibubapaan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian.

Objektif Kursus

  1. Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat dapat menambah maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan, persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga serta pembangunan remaja;
  2. Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam menguruskan hidup berkeluarga;
  3. Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran.
3.Smart Start

Smart Start merupakan satu kursus panduan untuk pengantin baru. Kursus ini bertujuan untuk mengukuhkan perkahwinan dan membina keluarga yang mantap, bahagia dengan:

  1. Memberi ilmu pengetahuan dalam menempuh alam perkahwinan
  2. Memberi panduan, petua dan kemahiran ke arah persediaan mantap dan pembinaan sikap yang posesif
  3. Menyedia platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenali diri

Kumpulan sasar:

Pasangan yang akan berkahwin dan pasangan baru berkahwin (usia perkahwinan 5 tahun ke bawah)

Tempoh Kursus:

Dikendalikan selama 2 hari untuk 25 pasangan

4.Keluarga@Kerja

Program Keluarga@Kerja ini bertujuan untuk memupuk kemahiran dan bimbingan keibubapaan kepada pekerja supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mengutamakan keluarga seiring dengan pembangunan kerjaya. Melalui program ini, peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran kekeluargaan dapat diakses di tempat kerja dengan lebih mudah.

Objektif Modul

  1. Untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya
  2. Memberi kemahiran serta panduan caragaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle)
  3. Para peserta program Parenting@Work diberi peluang untuk mempelajari kemahiran dan teknik mengimbangi keluarga dan kerjaya, pengurusan masa serta menimba ilmu keibubapaan dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Program ini dikendalikan oleh pakar dalam bidang perkahwinan, kekeluargaan dan keibubapaan yang merangkumi topik-topik seperti:

  • Kenali Fitrah
  • Satu Badan Banyak Topi
  • Keibubapaan Kreatif
  • Kebapaan dan Keibuan
  • Pengurusan Stress

Kadar Yuran:

  • Kerajaan/NGO – RM70
  • Persendirian/Swasta – RM90

Tempoh kursus: 1 hari 

5.Program Keibubapaan Datuk Nenek (Grand Parenting)

Program Keibubapaan Datuk Nenek ini memperkenalkan transformasi konsep dan peranan datuk nenek dalam alaf baru. Peranan datuk nenek sebagai penerus generasi dan tonggak nilai keluarga yang menyumbang ke arah kesejahteraan keluarga adalah dinamik dan berubah mengikut peredaran zaman. Tiada peraturan atau norma yang tetap bagaimana datuk nenek perlu menyedari dan mengimbangi pelbagai tuntutan dan jangkaan terhadap peranan mereka sesuai dengan keadaan diri dan semasa. 

Objektif umum:

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peranan datuk nenek dalam menjamin kesejahteraan keluarga.

6.Pusat Remaja KafeTeen

Pusat Remaja KafeTEEN merupakan antara inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran remaja tentang kesihatan reproduktif supaya dapat mengamalkan cara hidup sihat.

Pusat Remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan yakin.

Objektif Pusat Remaja Kafeteen

Pusat peneraju penyebaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di Malaysia.

Fungsi Pusat Remaja Kafeteen

  1. Membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin;
  2. Memperkasa remaja melalui bimbingan dan pendidikan;
  3. Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja; dan
  4. Memberi peluang untuk remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru

Terdapat 18 buah Pusat Remaja  KafeTEEN telah dibuka. Setiap remaja yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Remaja KafeTEEN hendaklah mendaftar sebagai ahli Sahabat KafeTEEN.

Waktu operasi 

  • Pusat Remaja KafeTEEN di premis LPPKN: Isnin hingga Jumaat atau hari Ahad hingga Khamis dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang;
  • Pusat Remaja KafeTEEN di UTC: Isnin hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 malam (tertakluk pada waktu pengoperasian yang ditetapkan oleh Pusat Remaja KafeTEEN). 

Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.

Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Salah satu inisiatif kerajaan yang dilancarkan untuk membantu meringkan beban kos sara hidup terutamanya golongan berpendapatan rendah adalah program Payung RAHMAH. Program Payung RAHMAH di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan untuk membantu kumpulan individu dan keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas dalam mendepani kenaikan kos sara hidup. 

Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan di bawah Payung RAHMAH yang disasarkan kepada kumpulan sasar keluarga:

BIL.PROGRAMPENERANGAN
1.Sumbangan Tunai Rahmah (STR)STR mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi keluarga di bawah kategori B40 dan M40 terendah.
2.Program Jualan Rahmah (PJRM)

Program Jualan RAHMAH (PJRM) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

  • Program Jualan RAHMAH (PJRM) merupakan program jualan murah sepanjang tahun 2024 oleh pasaraya besar dan pasaraya. KPDN menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% - 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah. PJRM ini dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

Disasarkan kepada:

  • Kawasan penempatan atau tumpuan B40 untuk pelaksanaan Jualan RAHMAH secara bergerak dan fizikal di seluruh negara; dan
  • Pihak Kerajaan melalui Kementerian telah memperkenalkan Jualan RAHMAH secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai disegenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan Kawasan-kawasan pedalaman.
3.Program Menu Rahmah (PMR)

Program Menu Rahmah adalah program atau inisiatif baru KPDN bersama rakan strategik yang terdiri dari Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) Dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos Sara hidup terutama Golongan Miskin Tegar di kalangan B40. 

Pengusaha kedai makanan Dan Restoran yang menyertai Program Menu Rahmah telah bersetuju menyediakan makanan harian (samada makan tengahari atau malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan. Biasanya hidangan dalam Menu Rahmah ini mengandungi satu sumber protin samada ayam atau ikan Dan satu jenis sayur.

 

Untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian keluarga, berikut merupakan inisiatif dan bantuan lain telah disediakan oleh pihak kerajaan serta agensi termasuk program kesihatan, sokongan psikososial yang bertujuan membantu keluarga menghadapi cabaran kehidupan moden.

BIL.PROGRAMPENERANGANTANGGUNGJAWAB
1.Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Kategori Rumah:

  • PPR Disewa 
  • PPR Dimiliki

Kadar Sewa:

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan

PPR Dimiliki: 

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Ciri-ciri  PPR adalah seperti berikut:

  1. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar
  2. Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar
  3. Keluasan - 700 kps
  4. Binaan - 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

Permohonan PPR boleh dimohon melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri          

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Perancangan Perumahan atau emel di teduh@kpkt.gov.my

Bahagian Perancangan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara
2.Program Subsidi Elektrik

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif utama Program SAVE 4.0 adalah seperti berikut:

  • Menambah jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Syarat kelayakan untuk mendapatkan e-rebat ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang dalam tempoh bermula 10 Disember 2023 hingga Disember 2024.
  4. 1 akaun bil elektrik layak untuk memohon 1 e-rebat sahaja bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web SEDA (Sustainable Energy Development Authority).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, SESB, SEB dan NUR Power atau rujuk Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

SEDA Malaysia
3.Iltizam Selangor Sihat 

Bantuan ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan rawatan asas kesihatan & vaksinasi, dan tambahan manfaat perlindungan takaful/insurans bagi tujuan membantu ahli/keluarga dalam kelangsungan hidup dan memanfaatkan bagi mendapatkan rawatan.

Permohonan:

Permohonan lengkap boleh dihantar di Pejabat ADUN/Penyelaras ADUN

Nota: Borang permohonan boleh dimuatnaik di laman sesawang iltizamselangorsihat.com

 

Kategori Penerima:

Syarat Utama

  • Kategori Keluarga: Pendapatan isi rumah RM 3,000.00 dan mempunyai tanggungan berusia 21 tahun(pelajar) ke bawah.
  • Kategori Individu: Pendapatan isi rumah RM 2,000.00 kebawah/Pemegang Kad OKU/Warga Emas (Umur 65 ke atas)

Syarat Lain:

  • Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.

Nota: Maklumat lanjut boleh dirujuk di Portal Iltizam Selangor Sihat

Iltizam Selangor Sihat 
4.MySalam  

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

Manfaat Hospitalisasi

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

MySalam  
5.PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Manfaat Peka B40:

  • Saringan Kesihatan di Klinik Kesihatan atau Swasta
  • Bantuan Alat Perubatan bernilai sehingga RM20,000
  • Insentif melengkapkan rawatan kanser bernila RM1000
  • Insentif tambang pengangkutan bernilai sehingga RM1000

Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40

  • Langkah 1: Semak kelayakan.
  • Langkah 2: Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  • Langkah 3: Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Langkah 4: Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Maklumat lanjut boleh dilayari di portal ProtectHealth Corporation Sdn Bhd

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
6.Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Kelayakan Skim Perubatan MADANI:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Manfaat Skim Perubatan Madani:

  • Isi Rumah Berkluarga RM250
  • Warga Emas (tanpa pasangan) RM125
  • Bujang RM75

Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI:

  • Langkah 1: Semak kelayakan di laman sesawang atau aplikasi MySejahtera.
  • Langkah 2: Hadir Ke Klinik – Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad/dokumen pengenalan.
  • Langkah 3: Jika layak, boleh dapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan secara percuma.
  • Langkah 4: Baki Manfaat – Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. Seperti yang dinyatakan di laman sesawang. Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. 

Maklumat lanjut boleh dilayari di portal ProtectHealth Corporation Sdn Bhd

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
7.Bantuan Ibu Tunggal

Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal

Skim Bantuan Ibu Tunggal ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.
  2. Jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.
  3. Bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan.

Nota: Kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk maklumat lanjut.

Jabatan Kebajikan Masyarakat