Berdasarkan Dasar Warga Emas Negara, ‘warga emas’ merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang di terima pakai dalam United Nations Word Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Sumber: World Assemby on Ageing 1982, Vienna; Jabatan Kebajikan Masyarakat
DASAR DAN PELAN TINDAKAN WARGA EMAS
Dasar Warga Emas Negara merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Matlamat dasar adalah untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera.
Prinsip yang diguna pakai dalam menggubal dasar ini adalah seperti berikut:
Prinsip ini diadaptasi daripada prinsip PBB ke atas warga emas dan Madrid International Plan of Action on Ageing (MIPAA).
Nota: Sila rujuk pelan tindakan untuk maklumat lanjut
Walaupun Malaysia mempunyai dasar khusus untuk warga emas iaitu Dasar Warga Emas Negara yang telah digubal pada 2011 untuk menjamin kesejahteraan warga emas, namun pada masa kini, tiada Akta khusus bagi penjagaan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas memandangkan akta sedia ada iaitu Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] memperuntukkan jagaan untuk semua peringkat umur.
Namun begitu, umur 60 tahun digunakan di dalam undang-undang berkaitan warga emas di Malaysia seperti Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753).
Berikut merupakan perkhidmatan warga emas yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
BIL. | PERKHIDMATAN | PENERANGAN |
1. | Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) | PAWE ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Penyertaan PAWE
Nota: Maklumat lanjut berkaitan PAWE boleh dirujuk di laman rasmi JKM |
2. | Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) | UPWE menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Objektif Unit Penyayang Warga Emas ialah:
Nota: Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia., tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini dan warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini. |
3. | Kelab Warga Emas | Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Setakat 2023, terdpat 267 buah kelab yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia. Keahlian Kelab Warga Emas: Sila ke Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk menjadi ahli atau untuk mendapatkan maklumat berkenaan Kelab Warga Emas yang berhampiran dengan kawasan anda. |
Berikut merupakan institusi kebajikan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
BIL. | INSTITUSI | PENERANGAN |
1. | Rumah Ehsan (RE) | Rumah Ehsan (RE) ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di RE adalah seperti berikut:
Permohonan kemasukan adalah secara sukarela mengikut Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Sakit Melarat 1978. Nota: Klik SINI untuk maklumat lanjut. |
2. | Rumah Seri Kenangan | Rumah Seri Kenangan diwujudkan untuk membantu warga emas yang tidak mempunyai waris, hidup dalam keadaan yang sejahtera serta mempunyai penjagaan, perlindungan dan rawatan yang sempurna. Kehidupan di institusi memberikan jaringan sosial kepada warga emas untuk berinteraksi sesama rakan sebaya dan menggalakkan penuaan aktif kerana aktiviti yang dilaksanakan di dalam institusi mahupun di luar Institusi. Cara untuk memohon kemasukan adalah seperti berikut:
Nota: Klik SINI untuk maklumat lanjut. |
3. | Kompleks Penyayang Bakti | Kompleks Penyayang Bakti Warga Emas adalah sebuah institusi kebajikan yang terletak di Sungai Buloh, Malaysia. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, termasuk warga emas, kanak-kanak, dan ibu tunggal. Kompleks ini merupakan hasil kerjasama antara beberapa pihak termasuk Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), pihak swasta, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Fasiliti yang disediakan:
Nota: Klik SINI untuk maklumat lanjut atau emel ke kpb_sgbuloh@jkm.gov.my |
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
BIL. | PROGRAM | PENERANGAN | TANGGUNGJAWAB |
1. | Bantuan Warga Emas (BWE) | KADAR RM500 sebulan seorang. TUJUAN Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
CARA PERMOHONAN Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat | Bahagian Warga Emas |
2. | Pengecualian Bayaran Sebagai Pesakit Luar | Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah dikecualikan daripada bayaran caj pendaftaran RM1.00 di Jabatan Pesakit Luar AM, RM5.00 di Jabatan Pesakit Luar Pakar dan pengurangan caj pesakit kelas tiga sebanyak 50% dengan maksimum caj sebanyak RM250.00 bagi setiap kemasukan di hospital dan klinik KKM. Pengecualian ini bertujuan bagi menghargai jasa warga emas terutamanya untuk mereka mendapatkan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan Rujuk Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 2012 untuk maklumat lanjut | Kementerian Kesihatan Malaysia |
3. | Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) | Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah. Program ini juga bertujuan menyemarakkan perkembangan kesukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat. Pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah ini memenuhi 4 kriteria utama NBOS iaitu low cost, high impact, rapid execution dan sustainable untuk memastikan perkhidmatan ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar selaras dengan prinsip value for money. Aktiviti
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, JKM | Bahagian Warga Emas |
4. | Bantuan Sara Hidup (BSH) | Bantuan Sara Hidup adalah bantuan kewangan bulanan yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan yang layak, terutamanya veteran ATM yang tidak berpencen. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian dan memastikan golongan yang berpendapatan rendah mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi. Bermula September 2023, bantuan ini diperluaskan kepada veteran berumur 60 tahun, sama seperti yang diberikan kepada mereka yang berumur 80 tahun ke atas sebelum ini. Untuk layak memohon Bantuan Sara Hidup, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah syarat-syarat utama:
Proses permohonan Bantuan Sara Hidup memerlukan pemohon untuk mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari portal rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Sila layari laman web JHEV untuk maklumat lanjut. | Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) |