POLISI DAN MEKANISMA PEMERKASAAN WANITA
Ø Model Pemerkasaan Wanita mengamalkan "4K" Jaringan Pemerkasaan Wanita iaitu :-
- Elemen yang merangkumi kestabilan emosi, kesihatan mental, kerohanian dan keperibadian positif.
- Perantara yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial.
- Skill asas yang boleh digunakan sebagai set nilai dan keupayaan membangun jati diri.
- Keupayaan untuk mendapat manfaat yang adil dari aspek keperluan berbanding kesamarataan yang tidak bersifat substantif.
Ø Antara contoh-contoh program untuk setiap Jaringan Pemerkasaan Wanita ini adalah :-
BIL. | JARINGAN PEMERKASAAN WANITA | PROGRAM |
1. | Keseimbangan | ~ Klinik Undang-Undang ~ Klinik De'Stress ~ EVAW ~ Hari Wanita ~ Skuad Waja |
2. | Kewangan | ~ Literasi Kewangan ~ Penjanaan Pendapatan ~ Bantuan Khas NGO Perbendaharaan |
3. | Kemahiran | ~ Kemahiran DIY ~ Beauty Pallete ~ Tap & Swipe ~ Ibu Waja |
4. | Kesaksamaan dan Kepimpinan Kendiri | ~ Sesi Wawancara Advokasi Gender ~ Permerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Bekerja (PGKWB) ~ Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda (PGKWM) ~ Karnival Kejaya Wanita |
Ø Dasar Wanita Negara adalah kesinambungan kepada Dasar yang digubal pada tahun 1989.
Ø Dasar Wanita Negara ini juga mendukung prinsip tiada diskriminasi yang berasaskan gender seperti :-
- Perlembagaan Persekutuan.
- Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
- Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRD).
- Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action).
- Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya.
- Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration).
Ø Dasar Wanita Negara ini juga bermaksud untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan pelaksanaan pembangunan wanita yang merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara.
Ø Dasar Wanita Negara mempunyai 13 sektor yang agak luas dan meliputi semua Kementerian dan Agensi iaitu :-
- Ekonomi;
- Kemiskinan;
- Undang-undang;
- Keganasan terhadap wanita;
- Kesihatan;
- Pendidikan dan latihan;
- Sains dan teknologi;
- Pembuat keputusan;
- Mekanisme;
- Jentera dan institusi pembangunan wanita, media, alam sekitar dan sukan;
- Kebudayaan;
- Kesenian; dan Warisan
II. PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN WANITA
Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang dikaji semula ini memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar Wanita Negara yang mengandungi 13 sektor utama iaitu :-- Wanita dan Ekonomi;
- Kemiskinan di Kalangan Wanita;
- Wanita dan Undang-undang;
- Keganasan Terhadap Wanita;
- Wanita dan Kesihatan;
- Wanita dalam Bidang Pendidikan dan Latihan;
- Wanita dalam Bidang Sains dan Teknologi;
- Wanita dan Media;
- Wanita dan Alam Sekitar;
- Wanita dan Sukan;
- Wanita dan Agama, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan;
- Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dan Politik; dan
- Mekanisme, Jentera dan Institusi Pembangunan Wanita.
III. JABATAN PEMBANGUNAN WANITA
Ø Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development – NACIWID).
Ø Jabatan Pembangunan Wanita ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan kapasiti, khidmat kaunseling dan nasihat sokongan bagi wanita serta menyelaraskan, memantau dan menilai program berkenaan.
Ø Jabatan Pembangunan Wanita berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.
I. MALAYSIA'S GENDER GAP INDEX (MGGI)
Ø Namun bagitu, Malaysia mencatatkan jurang gender yang lebih besar dalam aktiviti ekonomi dan pengupayaan wanita iaitu 0.2455 dan 0.5754 masing-masing.
Ø CEDAW merujuk kepada satu perjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk memberikan hak yang sama rata kepada wanita dengan cara menghapuskan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperkukuhkan hak wanita.
Ø Jawatankuasa CEDAW telah mengemukakan Concluding Observations mereka dan Follow-up Negara dikemukakan kepada Jawatankuasa CEDAW pada 29 Disember 2020 iaitu :-
- Rangka kerja Perlembagaan dan Perundangan (Constitutional and Legislative Framework).
- Perkahwinan dan hubungan kekeluargaan (Marriage and Family Relations).
- Pencacatan alat kelamin perempuan (Female Genital Mutilation).
- Wanita pelarian dan pencari suaka (Refugee and Asylum-seeking women).
III. BEIJING DECLARATION
Ø Deklarasi Beijing merupakan resolusi yang diterima pakai oleh PBB pada akhir Persidangan Dunia Keempat mengenai Wanita pada 15 September 1995. Resolusi itu diterima pakai untuk mengumumkan satu prinsip mengenai kesaksamaan lelaki dan wanita.
Ø Platform Tindakan Beijing 1995 menandakan dua belas bidang utama di mana tindakan segera diperlukan untuk memastikan kesaksamaan dan peluang yang lebih besar untuk wanita dan lelaki, kanak-kanak perempuan dan lelaki.
Ø Wanita PBB bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi untuk memastikan perubahan sedemikian nyata untuk wanita dan gadis di seluruh dunia.
Ø 12 bidang utama yang menjadi perhatian adalah seperti berikut :-
1. Anak perempuan (The girl child).
2. Wanita dan alam sekitar (Women and the environment).
3. Wanita berkuasa dan membuat keputusan (Women in power and decision-making).
4. Wanita dan ekonomi (Women and the economy).
5. Wanita dan kemiskinan (Women and poverty).
6. Wanita dan kesihatan (Women and health).
7. Wanita dan media (Women and the media).
8. Wanita dan konflik senjata (Women and armed conflict).
9. Keganasan terhadap wanita (Violence against women).
10. Hak asasi wanita (Human rights of women).
11. Pendidikan dan latihan wanita (Education and training of women).
12. Mekanisma institusi untuk kemajuan wanita (Institutional mechanisms for the advancement of women).
IV. SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG)
Ø Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh United Nations General Assembly (UNGA), berfungsi sebagai rangka tindakan penting negara untuk merangka polisi bagi memastikan masa depan mampan untuk rakyat.
Ø Ini merangkumi semua cabaran pembangunan dunia moden, termasuk ekonomi, social, politik dan alam sekitar.
Ø Pencapaian indikator SDG mempunyai 128 indikator tersedia daripada 247 indikator iaitu sebanyak 51.8 peratus.
Ø SDG juga terdapat tujuh belas matlamat iaitu :-
1. Tiada kemiskinan.
2. Kelaparan sifar.
3. Kesihatan yang baik dan kesejahteraan.
4. Kualiti Pendidikan.
5. Kesaksamaan gender.
6. Air bersih dan sanitasi.
7. Tenaga mampu milik dan bersih.
8. Pekerjaan yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi.
9. Industri, inovasi dan infrastruktur.
10. Mengurangkan ketidaksamaan.
11. Bandar dan komuniti yang mampan.
12. Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab.
13. Tindakan iklim.
14. Kehidupan di bawah air.
15. Kehidupan di darat.
16. Keamanan, keadilan dan institusi yang teguh.
17. Kerjasama demi matlamat.
Ø Inisiatif KPWKM dalam mencapai kesaksamaan Gender dan memperkasa golongan Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan adalah:-
- Semakan Semula Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2019.
- Semakan Semula Dasar Kanak-Kanak Negara.
- Pengenalan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI).
- Penguatkuasaan sepenuhnya Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).
- Pengoperasian Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) mulai 8 Mac 2024.
4 BIDANG KEUTAMAAN DI DALAM DASAR WARGA NEGARA BAHARU
BIL. | BIDANG | PROGRAM |
1. | EKONOMI Memberdaya wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dalam semua sektor ekonomi sebagai agen perubahan dan rakan strategik pembangunan dalam sosioekonomi negara. | Pemerkasaan ekonomi wanita seperti :- 1. Program OMEGA 2. WeJana dan WeBridge |
2. | KEPIMPINAN Meningkatkan kepimpinan wanita sebagai pembuat keputusan di kedudukan strategik. | Pemerkasaan kepimpinan wanita pelbagai peringkat umur seperti :- 1. Hari Wanita 2. Sesi Diskusi KASIH Wanita |
3. | KESELAMATAN Membudayakan kesaksamaan gender bagi memperkukuh tahap jaminan keselamatan dan ketenteraman wanita. | Kesedaran terhadap menangani keganasan dan diskriminasi terhadap wanita seperti program yang dianjurkan oleh JPW iaitu :- 1. Program IRIS 2. Program MATAHARI 3. Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 4. Latihan Skuad Waja 5. Skuad Waja Gen Z 6. Semarak Skuad Waja 7. Projek Khas Skuad Waja KASIH Komuniti |
4. | KESEJAHTERAAN Memperkukuhkan kesejahteraan wanita yang inklusif dalam masyarakat. | 1. Pembangunan Modul Mengarusperdana Gender 2. Pembangunan Pelan Tindakan Gender 3. Penyediaan pelan komunikasi bagi mempertingkatkan kefahaman mengenai kesaksamaan gender |
Program-Program dan Inisiatif-Inisiatif
BIL. | PROGRAM/INISIATIF | KENYATAAN | AGENSI |
1. | Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) | Mewujudkan platform perkongsian ilmu dan kepakaran antara tokoh yang telah berjaya dan pemimpin pelapis/bakat wanita yang memerlukan bimbingan dan dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan pemimpin wanita dan pemimpin pelapis/bakat wanita. https://www.jpw.gov.my/index.php/ms/services-jpw/perantis | Jabatan Pembangunan Wanita |
2. | Sukarelawan Skuad WAJA | Bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan secara tidak langsung menangani isu kes keganasan terhadap wanita. https://www.jpw.gov.my/images/skuad-waja/pdf/RISALAH%20SKUAD%20WAJA%20INSANIAH.pdf | Jabatan Pembangunan Wanita |
3. | Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita (MATAHARI) | Khusus untuk wanita mempelajari aspek psikologi yang boleh membina daya tahan dalaman dan luaran yang kukuh adaptasi (adaptability) dan dinamik dengan perubahan supaya mereka tidak mudah terpengaruh oleh situasi atau musibah yang berlaku https://www.jpw.gov.my/images/matahari/MATAHARI.pdf | Jabatan Pembangunan Wanita |
4. | Literasi Perundangan dan Hak Wanita (IRIS) | Berfungsi sebagai medium penyampaian ilmu dan pengetahuan mengenai hak individu dari aspek perundangan, saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan, diskriminasi dan ketidakadilan. Peranan IRIS meliputi :- 1) Penyediaan bantuan khidmat guaman. | Jabatan Pembangunan Wanita |
5. | Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) | Program Advokasi yang memfokuskan kepada PENCEGAHAN DAN KESEDARAN berkaitan gangguan seksual. https://www.jpw.gov.my/images/ags/Brochure%20AGS%20outline.pdf | Tribunal Antigangguan Seksual |
6. | Program Latihan dan Program Bimbingan | Institut Keusahawanan Negara di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan antaranya :- Program Latihan 1) Kursus Asas Keusahawanan Coaching (IBBC). Program Bimbingan 1) INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC). | Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) |
BIL. | PROGRAM | PENERANGAN | AGENSI |
1. | Saringan Kesejahteraan Keluarga (UJIAN HPV DNA) | i) Meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser serviks. ii) Meningkatkan jumlah wanita menjalani saringan kanser serviks melalui Ujian HPV DNA. iii) Mengenal pasti dan mendapatkan rujukan bagi wanita yang dijangkiti HPV berisiko tinggi (high risk type). | LPPKN |
2. | Program Vaksinasi Human Papiloma Virus (HPV) | Pemberian vaksinasi HPV kepada wanita yang layak bagi mencegah jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks dalam kalangan wanita. | LPPKN |
3. | Klinik De'Stress | i) Menggunakan pendekatan kaunseling keluarga bertujuan memberi pendedahan mengenai pendekatan humanistik, kemahiran asas kaunseling, psikologi pengurusan keluarga dan teknik pengurusan emosi yang berkesan. ii) Menggunakan pendekatan praktikal, hands-on kepada para peserta dalam menangani cabaran kehidupan menggunakan pelbagai kemahiran psikologi. | JPW |
4. | Legal Clinic | i) Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak mereka dari aspek perundangan sivil dan syari'ah. ii) Memberi fokus kepada kemudahan dari aspek perundangan dengan lebih jelas dan berbentuk hands-on kepada wanita di akar umbi dengan melibatkan pengamal undang-undang dari kerajaan, NGO dan juga firma yang menyediakan perkhidmatan pro bono. iii) Memberi fokus kepada modul yang telah disediakan meliputi keganasan rumah tangga, perkahwinan sivil dan syari'ah, harta pusaka, wasiat, nafkah, hak penjagaan anak, harta sepencarian, poligami, isu jenayah dan sebagainya. | JPW |
5. | Subsidi Mamogram | Pemberian subsidi dalam bentuk perkhidmatan ujian mamogram sebagai langkah awal dalam pengesanan awal kanser payudara dalam kalangan wanita di Malaysia. Sekiranya keputusan ujian mamogram bagi seseorang klien yang memerlukan ujian ultrasound maka bayaran bagi ujian tersebut juga akan ditanggung kerajaan mengikut kadar bayaran serta kuota yang ditetapkan oleh LPPKN. Objektifnya adalah :- i) Mamogram adalah pemeriksaan saringan sinar -x bagi mengesan peringkat awal kanser payudara. ii) Semua wanita berusia 40 tahun ke atas boleh menjalani pemeriksaan ini. iii) Kekerapan ujian ini adalah 1 kali dalam tempoh setahun atau 2 tahun kepada kategori yang layak. | LPPKN |
6. | Program Bimbingan dan Kaunseling | i) Membantu klien mengenal pasti kebolehan, minat potensi dan keupayaan diri. ii) Membantu klien meneroka, menganalisis dan memahami diri. iii) Membantu klien memupuk, memperkembang dan memperkasa pengupayaan kendiri yang positif. iv) Membantu memulih tingkah laku, kognitif dan emosi klien. v) Merujuk klien ke agensi-agensi berkaitan dengan kes. | JPW |
7. | Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan | i) Untuk meningkatkan pembangunan personel, potensi diri dan kematangan sosial ahli keluarga. ii) Untuk membolehkan klien lebih bertanggungjawab, bebas dan mampu mengendalikan tingkah lakunya. iii) Untuk menjadikan sikap klien lebih terbuka, sistematik dan mampu membuat pilihan yang sesuai dan terbaik bagi dirinya di masa hadapan. | LPPKN |
8. | Program Pemerkasaan Wanita-Wanita Ekonomi | Ia dinamakan Program Penjanaan Pendapatan Wanita (WeJana). Objektifnya program ini adalah :- i) Membimbing wanita kumpulan sasar untuk menjana dan meningkatkan pendapatan kendiri. ii) Memberi latihan yang sistematik berkaitan perniagaan, khususnya perniagaan dalam talian. iii) Membina jaringan antara kumpulan sasar wanita supaya dapat menyokong antara satu sama lain. | JPW |
9. | Program Pemerkasaan Wanita-Wanita dan Kepimpinan | Program Wanita dan Kepimpinan @ Advokasi Kepekaan Gender merupakan satu program yang komprehensif, menyeluruh dan lengkap bagi kaum wanita bagi mengenali dan memahami konsep gender dan kesaksamaan gender dari segi perbezaan hak, peluang, status kuasa, tanggungjawab, akses, kawalan dan pemilikan terhadap sumber antara lelaki dan wanita. Objektifnya adalah :- i) Membangunkan individu wanita ke arah Great Multi-Tasking dalam mencapai kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi. ii) Memberi inspirasi kepada wanita mendepani cabaran kepimpinan terutama wanita bekerjaya. iii) Memberikan pendedahan berkenaan kepekaan gender dari segi istilah dan impak dalam masyarakat. | JPW |
10. | Program Pemerkasaan Wanita-Wanita Selamat | Program di bawah Domain Wanita Selamat ini adalah merupakan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (EVAW). Objektif program/kempen ini adalah :- i) Memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan aliran dan rentak kehidupan masa kini yang menjerat dengan pelbagai bentuk keganasan. ii) menyuntik elemen pencegahan dalam menangani keganasan terhadap wanita. iii) Melahirkan kekuatan dalam diri agar wanita berani ke hadapan untuk melapor isu-isu berkaitan dengan keganasan terhadap wanita kepada pihak berkuasa. | JPW |
11. | Program Pemerkasaan Wanita-Wanita Sejahtera | Terdapat dua program di bawah Domain Wanita Sejahtera iaitu Program MATAHARI dan IRIS. 1. Program MATAHARI merupakan program yang menggunakan pendekatan psikologi khususnya dalam meningkatkan daya tahan wanita dan kumpulan sasar. Objektifnya adalah :- i) Meningkatkan kemahiran psikologi asas dari aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran, serta memahami perbezaan personaliti individu. ii) Menambahkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan daya tahan dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan kognitif dan kawalan minda. iii) Memberi penghayatan serta menerapkan sifat penyesuaian kendiri yang dinamik dalam mengurus diri untuk lebih produktif dan berdaya tahan tinggi. 2. Program IRIS bertujuan memberi fokus kepada aspek perundangan dengan lebih jelas dan praktikan kepada wanita. Berfungsi sebagai medium penyampaian ilmu pengetahuan mengenai hak individu dari aspek perundangan, saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan, diskriminasi dan ketidakadilan. Objektif program ini adalah :- i) Memperkasakan literasi perundangan dalam komuniti khusunya wanita serta keberanian untuk membuat laporan. ii) Mempertingkatkan pemahaman perihal penganiyaan terhadap wanita yang signifikan. iii) Memberikan maklumat kepada masyarakat tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan dan ketidakadilan yang berlaku. | JPW |